Thursday, August 20, 2009

Tawaran Istimewa


Semoga kedatangan Ramadan ini dapat mengekang nafsu seks dan makanan pembaca sekelian...Semoga menjadi kekuatan untuk berubah dari kemaksiatan kepada membentuk keimanan dan sifat keperibadian yang sempurna..Amin.Selamat Berpuasa

Saturday, July 11, 2009

Tonik Seks

Nampakpuast karaoke yang privasi sifatnyamenjadi sarang untuk melepaskan gian seks lelaki tua yang berduit...dahlah begitu pelayannya Melayu pulak tu......boleh diraba,dipeluk,dicium dan boleh diajak buat seks jika berkenan......sila baca seterusnya


KUALA LUMPUR: Petua pelik untuk menghilangkan darah gemuruh dan perasaan malu selain mendapatkan suara lunak mendorong ramai ‘gadis gomol’ atau pelayan kelab karaoke ketagih mengambil minuman ‘tonik’ bergas yang dicampur pil Ecstasy ketika melayan pelanggan.

Difahamkan, air tonik berkenaan turut menjadi pilihan kebanyakan gadis pelayan di karaoke di sekitar Lembah Klang yang percaya ia boleh dijadikan ‘pelaris’ untuk meraih tip sehingga menjangkau RM10,000 sebulan daripada pelanggan.

Minuman koktel istimewa berkenaan yang diminum setiap kali sebelum masuk ke bilik karaoke untuk melayan pelanggan turut didakwa mempunyai keistimewaan berikutan ia membolehkan gadis pelayan terbabit mendapat tenaga tambahan walaupun terpaksa menyanyi sehingga lapan jam tanpa henti.

Seorang gadis pelayan karaoke yang berjaya dipujuk dan ditemubual wartawan Harian Metro, mengaku hampir semua pelayan pelanggan (GRO) sepertinya mengamalkan petua tersendiri untuk kekal cergas dan menjadi periang di hadapan pelanggan, terutama menggunakan pil khayal.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Baby, 27, berkata kaedah yang dianggap paling popular ialah dengan meneguk minuman bergas atau minuman keras yang dicampurkan dengan pil Ecstasy.


“Biasanya minuman ini hanya akan dipesan apabila saya masuk ke bilik karaoke bersama pelanggan. Budak pekerja bar biasanya terlebih dulu mengambil pesanan minuman daripada pelanggan sebelum saya turut meminta tonik berkenaan dihantar bersama.

“Biasanya mereka yang bekerja di kelab karaoke sedia maklum mengenai minuman itu yang hanya diberikan kepada gadis pelayan saja,” katanya.

Baby yang sudah lebih tiga tahun bekerja sebagai GRO berkata, bayaran tonik berkenaan biasanya dimasukkan terus ke dalam bil pelanggan yang menjadi kebiasaan bagi pelanggan datang berhibur di karaoke berkenaan.

“Sebaik air tonik ini diminum, tenaga dan otak saya akan mula mengalami perubahan drastik apabila seolah-olah diberi tenaga luar biasa.

“Saya terus hilang rasa malu untuk menyanyi atau berpelukan dengan pelanggan yang hanya baru beberapa minit dikenali. Malah, kesan air tonik berkenaan mengakibatkan saya tidak malu menari dalam keadaan saling berpelukan sambil menyanyi,” katanya.

Menurutnya, dia seolah-olah hilang rasa malu apabila sanggup menyanyi sambil berdiri atas meja atau sofa dalam bilik karaoke.

“Air berkenaan juga menyebabkan saya langsung tidak letih walaupun diminta menyanyi beberapa jam tanpa henti sambil melayan pelbagai kerenah pelanggan.

“Bagaimanapun, air berkenaan tidak boleh diberikan kepada pelanggan kerana bimbang kejadian tidak diingini, termasuk hilang kawalan diri sehingga dibimbangi menyebabkan pergaduhan,” katanya.

Ditanya sama ada dia bersedia melakukan hubungan seks dalam bilik karaoke selepas meneguk tonik berkenaan, Baby berkata biasanya dia hanya membenarkan pelanggan melakukan adegan ringan-ringan seperti memeluk atau mencium pipinya.

“Saya tak kisah kalau pelanggan nak raba atau gomol saya asalkan mereka sanggup bayar tip lebih. Tapi saya tak benarkan mereka buat hubungan seks walaupun bilik karaoke bising dan gelap.

“Kalau mereka berhajat sangat..saya hanya akan benarkan di luar karaoke. Itupun jika pelanggan terbabit sedap di mata selain bayaran berpatutan dengan perkhidmatan yang saya tawarkan,” katanya yang tidak suka dilabel sebagai pelacur.

Menurutnya, dia memulakan tugas seawal jam 7 malam dengan mematuhi syarat ditetapkan pengurusan karaoke supaya berpakaian seksi dan skirt ketat untuk menarik perhatian pelanggan.

“Saya dan rakan-rakan menjadi daya tarikan bagi kelab karaoke untuk menarik perhatian pelanggan supaya kerap datang dan menghabiskan wang di sini.

“Biasanya setiap pelanggan diberi kebebasan memilih mana-mana gadis karaoke diminati sebelum membayar sekurang-kurangnya RM50 bagi setiap ‘teman’ dipilih,” katanya.

Menurutnya, dia tidak memperoleh gaji bulanan tinggi, namun kebanyakan wang hasil ihsan pemberian tip pelanggan, selain komisen jika pelanggan membuat pesanan tambahan minuman keras atau membeli arak mahal dalam botol.

“Biasanya pelanggan tua di kalangan ahli perniagaan memberi tip lumayan berbanding golongan muda berikutan mereka suka digesel dan dibelai,” katanya yang mampu memperoleh pendapatan antara RM150 hingga RM300 semalam.

Sementara itu, jurucakap polis Kuala Lumpur yang dihubungi berkata, pihaknya menyedari penyebaran pil khayal seperti ketamin dan Ecstasy terutama di pusat hiburan sejak sekian lama.

Menurutnya, golongan GRO paling kerap ditahan polis narkotik ibu kota setiap kali operasi dilakukan di kelab hiburan berikutan mereka didapati positif dadah apabila ujian air kencing dilakukan.


Sumber: My Metro

Wednesday, June 17, 2009

Guru Moral paksa seks oral, bogel

Masyaallah!!!!Baca berita dari berita harian nie...memang geram betul dibuatnya...harapkan pagar pagar makan padi...memang hampeh ...tak berguna betul...buat semua cikgu kat luar sana memang ramai lagi yang beriman serta bertanggungjawab......buat geng cikgu yang suka tengok cerita blue.....simpan gambar ,video lucah dalam handphone.....bawak-bawak la bertaubat......




KUCHING: Harapkan pagar, pagar makan padi. Demikian yang berlaku di sebuah sekolah rendah di luar bandar di Sebauh dalam Bahagian Bintulu, apabila guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral dilaporkan memaksa seorang murid Tahun Empat melakukan seks oral terhadapnya.

Guru itu juga dilaporkan memaksa tiga lagi murid perempuan, seorang Tahun Empat dan dua Tahun Dua berbogel sebelum merakam gambar mereka.

Guru berusia 24 tahun itu melakukan perbuatan itu beberapa kali antara 12 Mei hingga 20 Mei lalu di bilik Kemahiran Hidup sekolah berkenaan.

Guru sama juga yang dikatakan baru berpindah ke sekolah itu awal tahun ini, turut mengajar subjek Kajian Tempatan, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Laporan polis hanya dibuat kelmarin selepas murid terbabit yang tinggal di asrama menceritakan kejadian itu kepada guru.

Berikutan itu polis menahan guru terbabit petang semalam untuk siasatan lanjut, manakala murid terbabit dibawa untuk pemeriksaan perubatan.

Pengarah Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang, berkata beliau sudah menerima laporan awal daripada Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu dan pegawai dari Ibu pejabat di sini akan dihantar ke Bintulu hari ini untuk menjalankan siasatan dalaman.

“Jabatan tidak bertolak ansur dalam kes kakitangan atau guru terbabit gangguan seksual terhadap pelajar. Mereka akan dibuang kerja sebaik didapati bersalah,” katanya.

Beliau berkata, pegawai pelajaran daerah juga mengambil keterangan empat murid terbabit.

“Berkuat kuasa pagi semalam juga guru terbabit ditugaskan ke Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu kerana bimbang mengganggu siasatan, namun petang semalam, Ibu pejabat Polis Sarawak mengeluarkan arahan menahannya,” katanya.

Beliau berkata, kes seperti itu adalah terpencil dengan majoriti 38,000 guru di Sarawak yang lebih bertanggungjawab.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontijen Sarawak, SAC1 Datuk Hamza Taib mengesahkan polis menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.

Saturday, June 13, 2009

Kehebatan Wanita......

Kaum waanita adalah saudara kandung kaum lelaki.Dialah (Allah) yang mencipta kamu dari seorang ( Adam),lalu daripadanya Allah mencipta isteri baginya,agar ia merasa tenteram tinggal bersama-samanya(isterinya) Al-A'raf: 189.

Jika tidak berlandaskan Al Quran serta Islam sudah pastinya wanita akan terpinggir jauh,katakan apa sahaja...perjuangkan apa sahaja fahaman atau teorinya...Al Quran sudah lama mengangkat martabat wanita sebagai antara manusia yang mulia.Kewujudannya bukan sekadar untuk memuaskan nafsu seks lelaki semata-mata,tetapi wanita berperanan sebagi asas pembentukan komuniti atau tiang kepada pembentukan sebuah keluarga.Nafsu manusia dijadikan Allah diuruskan melalui ikatan perkahwinan yang sah,lalu mendatangkan rahmat serta ketenangan bila mana segalanya berlandaskan hukum Islam.Di Dalam keadaan wanita sejak sekian lamanya tertindas,dihina sejak zaman jahiliah lagi,Islam muncul mengangkat martabat wanita sebagai tiang pembentukan masyarakat yang sempurna....

Berikut merupakan petikan dari sebuah buku yang wajar menjadi bahan bacaan kita semua...keep reading ha....

Wanita ditempatkan pada kedudukannya dan diangkat darjat serta dipulihkan kembali kemanusiaannya dan harga dirinya.Islam menempatkan wanita pada kedudukan yang baik dan menentukan ketetapan dan batas-batas yang baik dan menentukan batas ciri dan kepentingan keperibadiannya sebagai individu dan anggota masyarakat.Wanita diangkat kedudukannya seperti berikut:




1.Wanita dari aspek kemanusiaan.

Wanita dipandang sebagai kuantiti yang meremehkan dan tiada nilai,alat memuaskan nafsu dan dianggap sebagai iblis dengan tipu muslihatnya,akan tetapi Islam mengatur naluri manusia dengan perkahwinan dan menetapkan kaedah kekeluargaan serta diangkat martabat wanita setinggi-tingginya dan dikategorikan sebagai saudara kandung kaum lelaki dan ditegaskan lagi kaum wanita dan lelaki diciptakan dari asal yang satu iaitu tanah dan tidak ada perbezaan dan keistimewaan dihadapan Allah



2.Wanita dari aspek pembangunan sosial.

Wanita tidak berhak memiliki sesuatu,tidak berhak membuat sesuatu dan tidak boleh memikul tanggungjawab bersama dengan lelaki keran di larang oleh lelaki.Semua hak itu dikembalikan kepada wanita dan ditambah.Allah menjelaskan bermaksud" Dan kaum wanita mempunyai hak seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf Al Baqarah : 228.Hari ini wanita maju serta diberi peluang yang seimbang dan selari dengan kehendak Allah,cumanya sebilangan besar wanita juga semakin alpa serta menggunakan pertimbangan akal fikiran untuk mencapai kebebasan di dalam semua perkara,akibatnya mengambil satu contoh sahaja,bab menutup aurat semakin ramai yang terkeliru dengan tuntutan ini.Cara berpakaian yang kurang sesuai,seksi,mendedahkan tubuh badan,berpakaian ketat hingga menonjolkan anggota tubuh merupakan antara kesilapan besar golongan ini.Malahan lelaki sebagai pemimpin juga tidak terkecuali menanggung saham dosa kerana membiarkan aurat tubuh isteri serta anak gadisnya diratah oleh mata-mata lelaki yang sememang berminat akibat hembusan serta panahan syaitan.

Kepentingan Wanita

Wanita melalui Islam diangkat darjatnya sepertii Siti Khadijah,merupakan seorang usahawan dan tokoh ilmuan.Antara peranan wanita
  • Pemangkin kepada pembangunan masyarakat serta negara
  • Merupakan pemgukuhan perpaduan dan memantapkan ummah
  • Melahirkan generasi yang berkualiti dan kuat dari semua segi,termasuklah beriman kepada Allah
  • Mendidik serta menyemai dan memupuk kasih sayang di dalam keluarga
  • Mengurus dan mengatur rumahtanggasudah tentunya bersama suami tercinta)
  • Mengawal diri dan menghayati tuntutan Islam secara total
Petikan secara bebas dari Buku 200 Pesanan Rasullullah

Jadi kepada pengemar,gambar artis melayu bogel, gambar wanita melayu bogel,wanita melayu melancap,melayu boleh,seks melayu,3gp seks melayu,video free melayu bogel.melayu telanjang,melayu ghairah,skodenga melayu dan puluhan keyword seks melayu yang menjadi carian hangat,insaflah bahawa dulunya anda dilahirkan dari kemaluan dan rahim wanita yang bernama ibu anda,sudikah anda melihat gambar ibu atau anak gadis anda berbogel di internet,dijadikan tatapan lelaki yang dah kebulur seks bebas serta menjadi kaldai nafsu yang menggila....silap-silap hari bulan gambar bogel anda pun turut ada sama........kahkahkahhh

Wednesday, June 3, 2009

Seks Songsang....

Allah menjadikan manusia di atas muka bumi sebagai khalifah.Malahan dijadikan nafsu supaya zuriat dan keturunan manusia berterusan di atas muka bumi.Namun hubungan seks di atas landasan perkahwinan merupakan satu-satunya,ingat ye...satu-satunya jalan yang diredai oleh Allah.malahan larangan Allah supaya manusia menjauhi zina...MENJAUHI ZINA!,bukan sekadar melarang melakukannya......Dengan godaan nafsu serta kehendak manusia yang didorong oleh syaitan maka wujudnya pelabagi kelakuan seks yang songsang.Kebiasaanya dilakukan oleh lelaki..mari kita lihat,jika ada penambahan pembaca budiman boleh tambah ye.....


Paedophilia.

Lelaki yang merasakan puas melakukan seks dengan kanak-kanak.Mereka merasakan ghairah melakukan seks dengan kanak-kanak terutama yang belum akhil baligh.Masyaallah!!!.Golongan ini dikatakan mengalami sakit mental.Di Malaysia keadaan yang sama turut berlaku,beberapa kes kehilangan kanak-kanak perempuan boleh dikaitkan dengan kegiatan manusia unnormal ini.Sistem masyarakat di Malaysia yang sebahagian besar rosak dan hancur mesti dipulihkan semula,ibu-bapa sepatutnya memantau dan memberi perhatian dengan siapa anak mereka berkawan,malahan,kewujudan cctv turut boleh dimaanfaatkan di taman permainan atau tempat yang sesuai.



Sadisme

Mendapat kepuasan dengan meyeksa pasangan seks mereka.Hal ini berlaku apabila lelaki mendapat keghairahan yang memuncak apabila melihat pasangan mereka terseksa,merintih dan menjerit kesakitan.Psikologi lelaki jenis ini merupakan satu tabiat luar tabie.Mereka boleh menyebabkan kecederaan serius terhadap pasangan.Kekeliruan dengan ilmu seksual atau dendam terhadap bekas kekasih atau masalah psikologi yang lain mendominasi lelaki jenis ini.





Voyeurism/Skodeng/Mengendap

Kepuasan seks lelaki jenis ini hanya boleh didapati melalui skodeng.Memang banyak kewujudan blog jenis ini boleh menghancurkan sistem masyarakat,merosakkan jiwa dan minda remaja serta memalukan mangsa yang rata-ratanya wanita.Kebiasaan lelaki jenis ini suka mengintai di bilik mandi,bilik tidur.Pasangan yang baru berkahwin sudah pasti menjadi keutamaan lelaki jenis ini untuk skodeng hubungan seks pasangan yang baru berkahwin yang mungkin kerap melakukan seks.Malahan lelaki jenis ini sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya menunggu mangsa mereka di kawasan semak air terjun,sungai atau lokasi menjadi tempat pasangan melampiaskan nafsu seks mereka.Anda salah seorang yang suka skodeng? insaflah sebelum terlambat.Allah jadikan mata anda untuk melihat,bayangkan jika mata anda menjadi buta.Sudah berapa lama anda hidup dengan kurniaan mata dari Allah,sekelipa mata sahaja Allah boleh menariknya semula....insaflah.




Exhibitionisme

Lelaki yang mendapat kepuasan seks apabila mempamer atau mendedahkan tubuhnya terutama penis atau zakarnya.Ketidakpastian emosi atau psikologi menjadi sebab kepada fenomena ini.




Transvesticfetishism

Kelakuan lelaki yang suka memakai pakaian perempuan seperti bra dan coli di samping pakaian lelaki!Mereka berasa mendapat kepuasan seksual apabila dapat melalukan perkara ini





Mashokisme

Merupakan oposite dengan sadisme,jika sadisme menyeksa pasangan, mashokisme mendapat kepuasan seks dengan melakukan seksaan terhadap diri sendiri




Transeksualisme

Seks songsang lelaki yang ingin menjadi perempuan.Lelaki jenis ini biasanya dikaitkan dengan mak nyah atau pondan di dalam masyarakat kita,Walaupun bukan semua tetapi ada lelaki jenis ini yang mendapat kepuasan dengan berkelakuan seperti perempuan,malahan untuk kes yang lebih serius implan buah dada akan dilakukan untuk membesarkan buah dada di samping suntikan horman.Malahan kepuasan seks mereka ialah pada lelaki sejati.




Zoophilia

Mendapat kepuasan seks dengan melakukan seks dengan haiwan.Lelaki jenis ini mengalami gangguan psikologi dan perlu dibantu supaya tidak terus hanyut dengan perbuatan tidak bermoral ini.




Nekrophilia

Lelaki yang suka melakukan hubungan seks dengan mayat.


Anal seks/Gay

Perlakuan seks melalui dubur,Hubungan seks ini hanya menguntungkan sebelah pihak lelaki,tetapi bukan pasanganya.Allah menurunkan penyakit Aids kepada pelaku jenis ini.malahan umat terdahulu seperti umat nabi Allah,nabi Luth turut dimusnakan Allah atas tabiat ini.terdapat sebilangan lelaki yang suka untuk melakukan hubungan seks bersama dengan pasangan lelaki melalui dubur.Perbuatan keji ini dilaknat oleh Allah....insaflah..Dubur merupakan laluan najis yang mengandungi pelbagai bakteria serta kuman yang berbahaya....jadi kenapa ingin mencuba sesuatu yang sememangnya haram.....

Dengan keadaan masyarakat kita yang semakin rosak sesuatu perlu dilakukan.Bukan setakat kerjasama semua pihak sahaja,mungkin pusat kaunseling boleh disediakan di lebih banyak tempat.Perlaksanaan hukum serta syariat islam yang total merupakn jalan terbaik supaya rahmat serta keampunan Allah sampai kepada negara kita dan masayarakat keseluruhannya.atau pun kita sedang berhadapan dengan bala dan azab Allah tanpa kita sedari.....

Penulisan ini merupakan sumber pembacaan blogger seks info dari internet.Penulis tidak beranggungjawab dengan sebarang bentuk kelakuan seks penyimpang ini.sekadar perkongsian ilmu bersama semua pembaca.harap maklum

Monday, June 1, 2009

Sex Position- missionary position

The missionary position is a male-superior (man on top) sex position in which the woman lies on her back and the partners face each other. Variations of the position allow different degrees of vaginal tightness, clitoral stimulation, depth of penetration, participation on the part of the woman, and likelihood and speed of orgasm. These variations may involve the woman resting her feet on the bed, lifting them up high into the air, or wrapping them around her partner; or placing one or more pillows under the woman's hips

Resource: Wikipedia

Tuesday, May 26, 2009

Mati Pucuk


Mati pucuk merupakan masalah yang serius di kalangan lelaki di seluruh dunia.Pelbagai masalah berkaitan dengan mati pucuk atau disfungsi ereksi di bincangkan,seks info membawa satu rencana dari Sabah.org.
Semoga menjadi pengajaran berguna kepada kita semua.



PADA 1994, kajian ke atas lelaki berumur di Massachusetts mendapati bahawa lebih setengah bilangan lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun menghadapi masalah untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan. Ia juga berlaku di kalangan pemuda berusia 20-an dan 30-an. Manakala, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa usia purata penghidap penyakit lemah tenaga batin atau erectile dysfunction di benua Asia lebih muda dengan penghidap di negara China bermula ketika berusia 42 tahun. Jepun dan Malaysia, 44 tahun. Secara rambang, kira-kira 100 juta lelaki di seluruh dunia dianggarkan menghadapi masalah lemah tenaga batin. Malah hampir sejuta lelaki di Malaysia akan menghadapi masalah tersebut.

Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Ia merupakan satu masalah yang meluas namun jarang diperkatakan di kalangan lelaki terutamanya di dalam masyarakat Asia.

Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak beranggapan 'kejantanan' lelaki terletak pada kehebatan mereka di ranjang. Justeru kerana tidak mahu diperolok-olokkan kawan-kawan, maka penghidap lemah tenaga batin lebih rela menderita dalam diam. Lebih memburukkan keadaan andai mereka juga keberatan untuk membincangkan isu ini dengan pasangan atau mendapatkan nasihat doktor.

"Lelaki yang mempunyai masalah lemah tenaga batin perlu mengambil langkah permulaan untuk mengetahui bahawa mereka tidak perlu menderita dalam diam. Walaupun, ia merupakan penyakit serius tetapi boleh diubati. Lebih baik menemui pakar urologi atau sakit tuan jika terdapat tanda awal masalah tersebut agar dapat dirawat segera," kata Pendaftar Perbidanan Pusat Rawatan Islam, Dr Mohd Daud Yahya.

Kebanyakan orang merujuk penyakit ini sebagai mati pucuk mungkin disebabkan anggapan negatif yang tertanam di benak mereka sejak sekian lama. Justeru kebanyakan lelaki mengelakkan diri daripada mendapatkan bantuan doktor. Sesetengahnya pula bimbang bahawa ujian yang dijalankan untuk mendiagnosa masalah lemah tenaga batin akan menyebabkan ketidakselesaan. Tambahan pula lelaki tidak tahu apa yang boleh diharapkan jika mereka mendapatkan rawatan dan akibatnya menimbulkan kekecewaan.

"Sebahagian besar pesakit di Asia, merangkumi 47peratus cuba mendapatkan rawatan sendiri melalui perubatan tradisional seperti berurut, minum air tongkat Ali, memakan ikan linang, serbuk badak sumbu dan ubat-ubat tradisional lain. Cara-cara tradisional boleh juga membantu tetapi fungsinya tidak sama. Urutan boleh membantu daya keteganan apabila bekalan darah dapat mengalir ke buah zakar tetapi urutan tidak meningkatkan libido (ghairah seks). Sebaliknya, amalan memakan ubat-ubat tradisional boleh meningkatkan libido tetapi bukan untuk ketegangan.

Untuk mendapatkan kepuasan seks, libido dan ketegangan perlu jalan seiring. Dianggarkan 3 8 peratus pesakit menunggu sehingga lebih enam bulan sebelum meminta bantuan doktor sementara dua pertiga lagi menunggu sehingga 12 bulan, ielas Dr Daud.

Mengapa mati pucuk berlaku?

  • Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) merupakan satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin. Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan. Kesannya, kira-kira setengah daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.

  • "Selain berpunca daripada keadaan fizikal, keadaan psikologi juga boleh menyebabkan masalah ini. Ketegangan perasaan, bebanan kerja, keletihan, perkahwinan yang tidak harmoni juga boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah ketidakupayaan. Sebenarnya, masalah ini adalah masalah perubatan yang biasa dan lelaki tidak pernah keseorangan menghadapinya. Cuma, tanpa rawatan segera, ia boleh menyebabkan banyak masalah emosi yang seterusnya menjejaskan imej diri, hilang keyakinan, ketegangan fikiran dan masalah perhubungan suami isteri.

  • "Masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan lemah tenaga batin ialah gangguan neurologi seperti sclerosis berbilang, penyakit alzemir (angin ahmar) dan trauma akibat kecederaan pelvik atau tulang belakang. Pembedahan khususnya penyakit prostat dan terafi radiasi juga boleh menjejaskan fungsi tenaga batin sama seperti sesetengah ubat yang dipriskripsi untuk merawat penyakit seperti tekanan darah tinggi, ketegangan perasaan, penyakit jantung, ulser gastrik dan barah," katanya.

  • Ini dikuatkan lagi dengan pendapat Pakar Urologi merangkap Presiden Persatuan Penyelidikan Lemah Tenaga Batin bagi Asia Pasifik (APSIR), Dr Tan Hui Meng, yang mengatakan bahawa sebelum ini masalah lemah tenaga batin dianggap berlaku akibat masalah psikologi. Kini, para penyelidik mendapati empat daripada lima lelaki yang menderitai masalah tersebut mempunyai masalah yang berpunca daripada keadaan fizikal. Penyebab utama lemah tenaga batin biasanya berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung dan masalah hati.

  • Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer berkaitan rawatan lemah tenaga batin di Asia, 25 peratus pesakit lemah tenaga batin juga menghidapi tekanan darah berlebihan (hypertension), 15 peratus menghidap prostatik hyperlasia ringan, 13 peratus menghidap diabetes jenis 11, sembilan peratus menghidap penyakit vaskular, sembilan peratus menghidap diabetes jenis 1, sembilan peratus menghidap keadaan psikitrik, tujuh peratus menghidap trauma pelvik dan dua peratus mengalami kecederaan tulang belakang.

  • "Kurangnya komunikasi antara pasangan dan pakar penjagaan kesihatan lambat laun boleh membawa kesan negatif. Masalah lemah tenaga batin boleh menjejaskan perhubungan suami isteri. lika isteri mengetahui bahawa suaminya menghadapi penyakit tersebut, dia boleh-membantu dengan menggalakkan suaminya membicarakan perkara tersebut secara terbuka. Ketika inilah peranan pasangan penting dalam membantu merawat masalah lemah tenaga batin," tegas beliau sambil menekankan pengorbanan dan pemahaman isteri amat dituntut demi kesejahteraan rumah tangga.

  • Sambung Dr Daud, faktor gaya hidup juga penting. Merokok misalnya boleh menyempitkan aliran darah ke zakar dan memburukkan keadaan vaskular seperti tekanan darah tinggi. Meminum minuman beralkohol secara berlebihan serta penyalahgunaan dadah boleh memburukkan lagi masalah tersebut.

Rawatan

Amalan perubatan asas termasuk sejarah perubatan dan seksual, pemeriksaan fizikal yang ringkas dan mengukur tekanan darah adalah perkara biasa yang perlu dilakukan oleh doktor ke atas pesakit lemah tenaga batin. Inventori kesihatan seksual untuk lelaki merupakan satu kaji selidik lima soalan diagnostik mudah yang baru bagi memastikan wujud komunikasi di antara profesional perubatan dengan pesakit bagi membantu memastikan diagnosa yang tepat. Ujian makmal yang menilai darah dan air kencing membantu mengenal pasti sebarang penyebab dari segi perubatan yang memerlukan rawatan.

  1. "Terdapat beberapa pilihan yang kini tersedia untuk merawat masalah lemah tenaga batin. Ini termasuk alat mekanikal (contohnya pam vakum dan protesis zakar yang ditanam), pembedahan untuk membetulkan masalah pengalitan, suntikan yang boleh dilakukan sendiri atas nasihat pakar dan pengubatan biasa. lika didapati penyebab fizikal bukan punca lemah tenaga batin, kaunseling dan psikoterapi boleh membantu meredakan masalah. Biasanya, bagi lelaki yang mengalaminya akibat fizikal dan psikologi, gabungan kaunseling dan rawatan lain diperlukan.
  2. "Satu lagi cara rawatan terbaru yang sedang hangat diperkatakan ialah pil Viagra. Cuma, Kementerian Kesihatan masih belum meluluskannya. Saya tidak fikir ia akan diluluskan dalam jangka waktu yang singkat walaupun kelihatannya kaum lelaki terdesak mencarinya. Lapan belas bulan adalah jangka masa kajian ke atas produk. Kelulusan mungkin mengambil lebih daripada dua tahun. Barangkali lima tahun. Berita ini tentulah tidak menggembirakan bagi lelaki yang sudah bertabun-tahun mengalami masalah lemah tenaga batin. Mungkin ada yang pergi sendiri ke Amerika semata-mata mahu membeli Viagra kerana ia mudah didapati di farmasi-farmasi di sana.
  3. "Biasalah, benda baru selalunya mendapat sambutan hebat. Tetapi awas, Viagra bukan untuk sembarangan orang. Ia tidak digalakkan untuk orang muda sebaliknya untuk mereka yang berusia 40 tabun ke atas. Pengambilannya pula mestilah melalui pemeriksaan dan nasihat doktor kerana kesan-kesan sampingan seperti buta warna, tekanan darah rendah, sakit kepala, ketidakselesaan, bintik-bintik merah di badan dan sebagainya boleh memberikan kondisi yang buruk. Lebih bahaya jika penghidapnya pula menghidapi penyakit-penyakit lain khususnya sakit jantung yang memang kita tahu pesakit lemah tenaga batin memang mempunyai penyakit lain," tegasnya bersungguh-sungguh.
  4. "Kalaupun ia diluluskan nanti, kementerian harus lebih tegas dan berhati-hati. Pada pandangan peribadi saya, Viagra tidak sesuai dijual secara terbuka seperti di pasar raya atau di farmasi. Lagipun, mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluarnya, Pfizer New York, Viagra bertujuan untuk menegangkan buah zakar bukannya meningkatkan libido. Saya khuatir, mereka vang tidak mengalami masalah ketegangan buah zakar tidak faham tentang fungsi viagra dan cuba-cuba mengambilnya untuk tujuan lain seperti untuk memanjangkan daya seks sedangkan kesannya lebih bahaya. Ia hanya boleh dimakan sekali sehari. Lebih-lebih lagi orang muda yang selalunya suka mencuba benda-benda yang baru," katanya lagi.

  5. Tambahnya, Viagra bukanlah menandakan satu kejayaan besar dalam dunia perubatan. Ia cuma salah satu antara penemuan-penemuan baru dalam memberikan alternatif lain kepada penghidap lemah tenaga batin. Tambahan pula Viagra tidak memulihkan terus pesakit daripada masalah lemah tenaga batin. Fungsinya hanya untuk menegangkan buah zakar sewaktu hendak melakukan hubungan seksual dan perlu dimakan sejam sebelum itu. Itupun tidak semua lelaki menerima kesan yang sama. Malah, jangka lama ketegangan juga tidak dijamin. lika ada ubat yang boleh berfungsi serentak iaitu menegangkan buah zakar sekali gus merangsangkan keghairahan seks barulah ia boleh dianggap kejayaan dalam bidang rawatan lemah tenaga batin Ini kerana rawatan-rawatan yang ada sekarang termasuklah Viagra hanya mempunyai satu fungsi sahaja. Justeru nasihat beliau agar lelaki tidak begitu ghairah menerima kehadiran viagra.

WANITA, OGOS 1998, M/S 129-131