Guru Moral paksa seks oral, bogel

on Wednesday, June 17, 2009

Masyaallah!!!!Baca berita dari berita harian nie...memang geram betul dibuatnya...harapkan pagar pagar makan padi...memang hampeh ...tak berguna betul...buat semua cikgu kat luar sana memang ramai lagi yang beriman serta bertanggungjawab......buat geng cikgu yang suka tengok cerita blue.....simpan gambar ,video lucah dalam handphone.....bawak-bawak la bertaubat......




KUCHING: Harapkan pagar, pagar makan padi. Demikian yang berlaku di sebuah sekolah rendah di luar bandar di Sebauh dalam Bahagian Bintulu, apabila guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral dilaporkan memaksa seorang murid Tahun Empat melakukan seks oral terhadapnya.

Guru itu juga dilaporkan memaksa tiga lagi murid perempuan, seorang Tahun Empat dan dua Tahun Dua berbogel sebelum merakam gambar mereka.

Guru berusia 24 tahun itu melakukan perbuatan itu beberapa kali antara 12 Mei hingga 20 Mei lalu di bilik Kemahiran Hidup sekolah berkenaan.

Guru sama juga yang dikatakan baru berpindah ke sekolah itu awal tahun ini, turut mengajar subjek Kajian Tempatan, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Laporan polis hanya dibuat kelmarin selepas murid terbabit yang tinggal di asrama menceritakan kejadian itu kepada guru.

Berikutan itu polis menahan guru terbabit petang semalam untuk siasatan lanjut, manakala murid terbabit dibawa untuk pemeriksaan perubatan.

Pengarah Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang, berkata beliau sudah menerima laporan awal daripada Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu dan pegawai dari Ibu pejabat di sini akan dihantar ke Bintulu hari ini untuk menjalankan siasatan dalaman.

“Jabatan tidak bertolak ansur dalam kes kakitangan atau guru terbabit gangguan seksual terhadap pelajar. Mereka akan dibuang kerja sebaik didapati bersalah,” katanya.

Beliau berkata, pegawai pelajaran daerah juga mengambil keterangan empat murid terbabit.

“Berkuat kuasa pagi semalam juga guru terbabit ditugaskan ke Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu kerana bimbang mengganggu siasatan, namun petang semalam, Ibu pejabat Polis Sarawak mengeluarkan arahan menahannya,” katanya.

Beliau berkata, kes seperti itu adalah terpencil dengan majoriti 38,000 guru di Sarawak yang lebih bertanggungjawab.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontijen Sarawak, SAC1 Datuk Hamza Taib mengesahkan polis menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Seks Info | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO