Seks Bebas Atau zina dan Langkah Penyelesaiannya

on Monday, August 2, 2010


Terlalu banyak kes pembuangan bayi serta maksiat sekarang.Solusinya adalah mudah kembali semula kepada hukum Allah.Tertegaknya hukum hudud bermakna rahmat serta keberkatan akan datang kepada kita.Tukarkan perkataan seks bebas kepada zina.Zina merupakan perkataan yang digunakan di dalam Al Quran serta membawa maksud dosa yang besar.Buatlah apa sahaja peraturan serta undang-undang berlandaskan pemikiran manusia,Penyelesaiannya sukar mencari jalan muktamad.Hukuman hudud dirasakan paling berkesan menangani masalah zina sekarang.Tugasnya sudah tentulah pihak berwajib,bukan dijalankan dengan semborono,tetapi melibatkan seluruh kekuatan serta pemikiran dan juga mujahad kepada Allah.Kajian serta pandangan ulamak mesti diambil kira.Tegakkanlah hukum hudud.Tangani masalah rogol,zina serta pembuangan anak sekarang.Rakyat Malaysia sedang berada di dalam situasi sosial yang amat sakit terutamanya golongan remaja serta muda mudi.Krisis keyakinan terhadap Allah serta hukumnya menghakis maruah serta harga diri.Jati diri berlandaskan keyakinan yang teguh kepada Allah luntur.Pasangan kekasih mencintai kekasihnya melebihi kasihnya kepada Allah serta Rasul.Akibatnya jiwa yang kosong,nafsu mengambil tempat,akhirnya zina terjadi.Persoalanya ubat bagi sakit sosial ini sudah disediakan oleh Allah..mampukah kita melaksanakannya..Jawabnya sudah tentu boleh kerana hukum Allah sesuai dengan fitrah manusia di mana sahaja serta sepanjang zaman.sekatan boleh dilaksanakan kepada semua pihak yang bertanggungjawab,bukan hanya kepada penzina,tetapi juga sumber membuatkan seseorang berzina.hukuman keras dan setimpal perlu difikirkan serta mesti berlandaskan kepada hukum Allah...maka sakit sosial ini boleh dikurangkan ketahap minimum mungkin.

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Seks Info | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO